Tuesday, June 28, 2011

KAMU


AKU RINDU KAMU, KAMU DAN KAMU!!!

kawan kolej yg same blok,
yg same2 buat program dlu...
KARISMA, ABADI, EKSPO, KELAB BESTARI...

kawan2 dan adik2 pesta yg same2 bersusah payah...
gembira same2, menangis same2, kongsi cerita same2...

teringin nk jumpe sume,
luangkan mase bersame2,
tpi xberpeluang lagi,
insyaAllah satu masa nanti...

kenangan tue xkan dilupakan...

buat rakan2 harap korang sihat2 ye!
dapat yg terbaek dlm hidup korang,
dan sentiasa dibawah lindungan kasih sayang Allah


terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku yg xde pape nie...






Tuesday, June 14, 2011

08062011

double happy day for me! terima kasih ya Allah...
of kos sume student UKM well known dgn tarikh nie...
tarikh keramat buat kami...

result aku walaupun xsehebat org laen,
aku dpt buat my parent n oso me myself gembira...
aku bersyukur sgt2...

n dat day, finally... im win!!! win to control myself!!!
(entry sambungan drpd yg sebelum nie, Be Strong)
after 22 days...
terima kasih atas kekuatan yang Dia berikan...

all in all
ALHAMDULILLAH...




Thursday, June 9, 2011

kecantikan seorang wanita

Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Allah yg lebih tahu apa yang baik berbanding kita sendiri. Sesiapa yang bertekad menjadi hamba Allah pasti tidak akan dikecewakanNya.
Cantik itu sangat subjektif. Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah mengikut masa, usia dan keadaan.
Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja materialisme hanya fokus kecantikan wajah dan daya tarikan fizikal.
Cantik juga relatif mengikut keadaan. Wanita yang sederhana sahaja wajahnya juga akan nampak manis dan berseri apabila sentiasa tersenyum dan memahami hati orang yg tersayang.
Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati kita rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah nampak di depan mata.


Beauty is in the eye of the beholder...

Tuesday, June 7, 2011

Beijing day 1

sebelum cerita tentang trip nie ilang dari ingatan lebih baek aku tulis untuk kenangan aku sendiri...

12hb march tgh mlm aku gerak ke LCCT dengan dua orang rakan aku, asrah dan alan... dorang tolong antakan aku walaupun da ngantuk2 da sume... thanks kawan! thanks juge cik lisa biru! dlm pukul 5 pagi tue, trip dri ipoh sampai ke airport dan kami semua check in bagasi sume2, then tunggu untuk flight kami pada pukul 830 pagi...

masa untuk berlepas


kami selamat tiba di Lapangan Terbang Tianjin, China dalam pukul 4 petang waktu malaysia...then kami bergerak ke restoran muslim untuk makan malam...

kapal terbang kami di
Lapangan Terbang Tianjin China
tour guide
en. CHIN CHIN
antara peserta Kembara Muslim yang sempat bergambar tyme sampai di airport restoran muslim makan malam pertama kami

selesai makan malam, kami terus bergerak ke Bei Ming International Hotel Beijing untuk rehat dan tidur...

gambar yg sempat snap otw ke hotel
fakta 1 : kereta audi sgt banyak (kaya kan?? ke dkt sane murah??)
fakta 2 : ade 6 lorong kenderaan dkt jalan besar di kota Beijing (boleh bayang x besar mane highway dorang??)

selesai disini untuk hari pertama....

Monday, June 6, 2011

BULAN ALLAH

REJAB bulan menabur benih
SYAABAN bulan menyiram tanaman
RAMADAN bulan menuai

REJAB menyucikan badannya
SYAABAN menyucikan hatinya
RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat
SYAABAN bulan muhibbah
RAMADAN dilimpahi pahala amalan

  • puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus)
  • puasa dua hari pada bulan Rejab dilipat gandakan pahalanya
  • puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
  • puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit dan fitnah Dajal di hari kiamat
  • puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur
  • puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur dengan muka bercahaya
  • puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga
  • puasa sembilan hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu mengucap dua kalimah syahadah tidak ditolak dia masuk syurga
  • puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat
  • puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga
  • puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s. dan Nabi Allah Adam a.s.
  • puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu

Berkata Saidina Ali
  • berpuasa 13 hari seperti berpuasa tiga ribu tahun
  • berpuasa 14 hari seperti berpuasa sepuluh ribu tahun
  • berpuasa 15 hari seperti berpuasa seratus ribu tahun
Kelebihan bulan Rejab daripada segala bulan ibarat kelebihan Quran atas segala Qalam

Wallahu a'lam

Nurrul Hidayah