Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi
Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah. Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama.
Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. SUBHANALLAH
Semasa di suatu seminar yang rata – ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof .Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”
hmm... 75% tubuh manusia terdiri drpd air kan, jadi dengar dan lihat benda yg baek2 juge boleh menenangkan kte dan sebaliknye...
video molekul air ketika muzik NEGARAKU dimainkan
sumber http://www.masaru-emoto.net/
by Nurrul Hidayah
2 comments:
Mintak share :)
Sharing is caring hihi ;D
silakan... heee =]
Post a Comment