Thursday, June 9, 2011

kecantikan seorang wanita

Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Allah yg lebih tahu apa yang baik berbanding kita sendiri. Sesiapa yang bertekad menjadi hamba Allah pasti tidak akan dikecewakanNya.
Cantik itu sangat subjektif. Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah mengikut masa, usia dan keadaan.
Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja materialisme hanya fokus kecantikan wajah dan daya tarikan fizikal.
Cantik juga relatif mengikut keadaan. Wanita yang sederhana sahaja wajahnya juga akan nampak manis dan berseri apabila sentiasa tersenyum dan memahami hati orang yg tersayang.
Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati kita rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah nampak di depan mata.


Beauty is in the eye of the beholder...

No comments: